The rise and fall of glove stocks

(Article from Razali’s FB Page)

Kejatuhan harga saham syarikat-syarikat pengeluar sarung tangan getah sungguh luar biasa. Kebanyakan saham kini lebih rendah, malah ada yang sehingga lebih 50% lebih rendah berbanding sebelum pandemik.

Jika dibandingkan dengan situasi satu setengah tahun lepas, tak ramai yang meramalkan keadaan ini.

Malah ada syarikat sarung tangan yang membeli balik saham sendiri pada harga yang sangat tinggi. Ini bermakna pada waktu itu, mereka meramalkan harga saham akan naik lagi.

Apabila sesuatu industri menerima supernormal profit atau untung luar biasa seperti ini, keadaan untung luar biasa tersebut jarang kekal.

Lazimnya pesaing baru akan masuk ke pasaran untuk merebut sebahagian daripada untung, dan peserta lama pula akan berlumba-lumba meningkatkan kapasiti.

Kesannya ialah kapasiti berlebihan apabila permintaan telah mula mendatar selepas pandemik, menyebabkan harga purata seunit sarung tangan menjunam. 

Lihat carta harga purata seunit salah satu syarikat daripada Amimvestment:

Akibatnya, keuntungan syarikat terjejas teruk, dan harga saham yang menjunam seperti yang kita lihat sekarang

Tetapi dalam suasana pesimistik ini, sentimen sudah berubah sama sekali dan kebanyakan pelabur putus harapan dan menganggap tiada masa depan bagi sektor ini.

Memandangkan potensi yang malap, beberapa pesaing, terutamanya peserta yang baharu masuk tetapi gagal menjana untung akan keluar dari industri.

Syarikat-syarikat kukuh sedia ada akan membatalkan rancangan menambah kapasiti dan menutup barisan pengeluarna lama yang usang dan tidak begitu cekap.

Kapasiti akan mendatar atau berkurangan, dan ini biasanya akan membawa kepada peningkatan harga produk secara beransur-ansur, dan seterusnya prestasi syarikat.

Walaupun proses ini akan mengambil masa, mungkin dua hingga lima tahun, tetapi begitulah apa yang lazimnya berlaku dalam kitaran turun naik sesuatu sektor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *