A delicate balancing act for central banks throughout the world

Almost impossible to control inflation without triggering an economic slowdown

(Article from Razali’s FB page)

Kenapa Bank-Bank Pusat dunia menaikkan kadar faedah bila berlaku inflasi? Bukankah ini memburukkan lagi keadaan?

Jika diteliti, inflasi global sebahagian besarnya disebabkan oleh masalah penawaran atau bekalan. 

Contohnya peperangan Russia- Ukraine, kekangan rantaian bekalan, kekurangan bekalan pekerja dan penawaran yang tidak cukup untuk penuhi permintaan pasca pademik.

Tetapi Bank-Bank Pusat tidak mempunyai kawalan terhadap penawaran. Apa yang boleh dilakukan ialah mengurangkan permintaan dan juga bekalan wang.

Ini dapat dilakukan dengan mengetatkan dasar, iaitu mengurangkan bekalan wang dan menaikkan kadar faedah.

Kesannya ialah aktiviti dan pertumbuhan eknomi mungkin terjejas untuk melawan inflasi. 

Apabila kadar faedah naik, belanja boleh guna untuk individu  dan juga syarikat juga akan terjejas, yang akan mengurangkan permintaan keseluruhan bagi barangan dan perkhidmatan.

Satu lagi kesan ialah terhadap harga aset pelaburan. Dasar wang longgar selama ini positif untuk aset pelaburan, terutamanya di Amerika (tetapi aset seperti saham sudah lama tak ke mana), sehingga harganya tidak setimpal dengan nilai sebenar.

Jadi tidak hairan jika langkah mengetatkan dasar wang telah menjejaskan pasaran pelaburan, termasuklah saham, bon dan kripto.

Jadi kenapa Malaysia pun mungkin perlu menaikkan kadar?  Pertama untuk mempertahankan Ringgit dan kedua mengehadkan aliran keluar rizab.

Keadaan semasa ialah kemelut global yang sukar ditangani. Semua Kerajaan dipersoalkan rakyat masing-masing kerana inflasi tetapi penyelesaian untuk menentang inflasi berpotensi menimbulkan masalah lain pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *