Digital natives may have a very different view on where to put their money and how to conduct transactions

(Article from Razali’s FB Page)

Bank masa depan tidak lagi sama

Bila anak kedua saya yang berumur 17 tahun nak minta saya buka Akaun Bank, adiknya yang baru 10 tahun berkata, “Nak buat apa buka akaun Bank, kan boleh simpan kat Shopee.”

Begitulah pemikiran digital native yang biasa dengan dunia metaverse, telah menjalani dua tahun PKP dan melihat dunia dengan sedikit berbeza.Sebenarnya definisi Bank pun mungkin sudah berubah.

Walaupun disebutnya Shopee, tetapi yang paling hampir kepada fungsi bank digital ialah Touch & Go eWallet, yang juga kini menawarkan akaun Go+ yang memberikan pulangan atas simpanan dan dikatakan sekarang patuh syariah.

Banyak fungsi bank kini boleh dilakukan oleh eWallet . Apabila ditambah beberapa fungsi berikut pada masa depan, mungkin tiada keperluan lagi untuk membuka akaun bank.

1. Kad Debit dengan kemudahan bayaran dan pengeluaran (akan datang tak lama lagi)
2. Keupayaan membuat pindahan dalam jumlah besar
3. Link kepada akaun TH atau dana kendalian ASNB atau akaun pelaburan lain

Saya sendiri pun bakal menutup salah satu akaun bank yang saya guna untuk hasil sampingan (untuk pisahkan hasil daripada pendapatan utama) kerana lebih senang menggunakan kemudahan digital.

Kita sekarang akan mempunyai lebih banyak pilihan, dan semakin ramai orang, yang kadangkala sukar mencapai perkhidmatan bank boleh memanfaatkan kemudahan kewangan digital.

Malah sekarang ada eWallet yang sudah mula memberikan kemudahan kredit. Secara peribadi, saya tak suka sebarang bentuk ‘kemudahan kredit’, lebih-lebih lagi melihat laporan bahawa kadar yang dikenakan agak tinggi.

Tetapi mungkin ada manfaat kepada sesetengah pihak, kerana ia jauh lebih selamat daripada meminjam daripada Along.

Walau apa pun, kesimpulannya ialah pandangan dunia digital native atau anak digital tentang pengurusan kewangan mungkin jauh berbeza dan tidak melibatkan bank tradisional, iaitu bank era lama zaman mak bapak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *