Setelah dua tiga tahun tiga tahun tidak ke mana, saham Syarikat Takaful nampaknya mula bangkit kembali selepas syarikat mengumumkan dividen 14 sen baru-baru ini.
Walaupun mencatatkan prestasi yang kukuh sejak 5 tahun lepas, dengan paras keuntungan antara 30 – 50 sen, harga sahamnya sudah lama terpendam di bawah paras RM4.00.
Dividen 14 sen yang diumumkan hanya sedikit lebih tinggi daripada 13.5 sen tahun lepas, tetapi tak pasti kenapa tiba-tiba saham mendapat perhatian kembali.
Mungkin disebabkan prestasi keuntungan tahun ini juga dijangka lebih baik. Malah pada tahun ini syarikat tidak perlu membayar Cukai Makmur seperti tahun lepas.
Pendapatan sesaham (EPS) untuk tiga suku pertama 2023 ialah 33 sen sesaham, dan sudah hampir pasti mengatasi prestasi tahun penuh 2022 sebanyak 38 sen sesaham apabila keputusan suku keempat diumumkan pada bulan Februari.

Mungkin sentimen naik seiring dengan keseluruhan pasaran, atau mungkin pelabur besar dah mula ‘nampak’ semula potensi syarikat.
Lebih-lebih lagi kerana Syarikat Takaful merupakan hanya segelintir syarikat dalam industri kewangan yang patuh syariah.

Seperti yang boleh dilihat daripada carta, harga saham ini satu masa dulu pernah gah sebelum kemelut Covid dan pelbagai isu lain menghantui pasaran saham Malaysia.
Walaupun sudah naik sedikit daripada paras yang amat rendah, pada pandangan saya harga masih berpatutan berasaskan dividen dan tahap keuntungannya.