Returning to real value

(Article from Razali’s FB Page)

Mungkin pergolakan pasaran baru-baru ini mendorong segelintir pelabur untuk kembali kepada konsep nilai.

Nilai sesuatu aset akhirnya tidak boleh lari daripada satu daripada dua faktor berikut::

  1. Keupayaan menjana untung
  2. Nilai guna/utiliti

Nilai sesuatu saham, dalam jangka panjang, bergantung kepada keupayaan syarikat tersebut meraih untung bagi pemegang saham.

Dalam jangka pendek, mungkin ‘jangkaan’ keuntungan lumayan sudah cukup untuk melonjakkan harga.

Tetapi jika gagal menjana untung, atau tidak dapat menghasilkan untung seperti dijangka, harga akan jatuh (akhirnya).

Dan jika terus rugi secara berpanjangan, nilai saham tersebut akan turun kepada sifar.

Bagi aset seperti komoditi pula, nilainya terletak kepada kegunaannya, yang dicerminkan menerusi permintaan dan penawaran komoditi tersebut.

Manakala bagi mata wang rasmi negara pula, ia mempunyai nilai sebab ada utiliti, iaitu digunakan sebagai perantara untuk menjual beli. 

Nilainya semasa bergantung kepada permintaan dan penawaran, tetapi dua faktor ini boleh dipengaruhi dan disokong oleh Bank Pusat sesebuah negara.

Jadi bagi sesuatu aset lain yang tidak menjana untung dan tiada sokongan Bank Pusat, harga aset tersebut akhirnya dalam jangka amat panjang bergantung kepada nilai gunanya.

Walaupun permintaan dalam jangka pendek dan pertengahan boleh dipengaruhi oleh spekulasi atau ramalan kenaikan, dalam jangka panjang aset tersebut akhirnya perlu ada kegunaan/utiliti sebenar untuk mengekalkan nilainya.

Kalau tidak ia hanyalah sama seperti bunga tulip yang melonjak harganya beratus kali ganda sebelum jatuh kembali kepada nilai sebenar beberapa ratus tahun dulu di Belanda. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *