Raising rates to fight inflation would have consequences for risk assets

(Article from Razali’s FB Page)

Baru-baru ini, Pengerusi RIzab Persekutuan Amerika berkata beliau akan mengambil segala langkah yang diperlukan untuk menentang inflasi.

Mengapa inflasi menimbulkan risiko bagi ekonomi dan pelaburan?  Kita tahu inflasi akan mengurangkan kuasa beli dan meningkatkan kos bagi individu, tetapi ia juga menimbulkan risiko besar bagi pasaran saham kerana:

1. Kos input semakin meningkat bagi syarikat-syarikat, tetapi kebanyakannya tidak dapat menaikkan harga produk pada kadar yang sama, lantas menjejaskan margin untung

2.  Peningkatan kos buruh, yang menyebabkan kenaikan harga produk akhir atau pengurangan margin

3. Kuasa beli dan sentimen pengguna yang terjejas

4. Situasi makroekonomi di mana bank-bank pusat perlu menaikkan kadar faedah, seterusnya meningkatkan kos pinjaman bagi perniagaan dan juga pengguna

5. Bank pusat perlu mengurangkan bekalan wang, atau sekurang-kurangnya tidak boleh melaksanakan dasar wang longgar. 

Kita sudah boleh mula melihat kesan inflasi daripada keputusan suku tahunan terkini di Bursa Malaysia. Contohnya syarikat kukuh seperti Ajinomoto yang mencatatkan kerugian pada suku tahun lepas.

Sepanjang tempoh 30 tahun lalu, apabila ada saja tanda-tanda kemelut ekonomi, Bank-Bank Pusat, terutamanya Fed di Amerika telah menurunkan kadar faedah atau menambah bekalan wang menerusi proses pengembangan kuantitatif.

Tindakan tersebut boleh dilakukan kerana inflasi yang rendah di kebanyakan negara. Tetapi kali ini ia tidak boleh diteruskan lagi kerana inflasi, dan untuk menentang inflasi bekalan wang perlu dikekang dan kadar faedah dinaikkan.

Kesannya sudah tentu akan menjejaskan harga aset-aset yang telah meningkat dengan ketara disebabkan kadar yang rendah dan dasar wang longgar sebelum ini.

Apakah yang patut diperhatikan untuk meramalkan ‘turning point’ kitaran ekonomi yang seterusnya?

1. Apabila inflasi sudah dapat dikawal

2. Tanda-tanda penyelesaian konflik di Ukraine

3. Rantaian bekalan mula stabil dan kekurangan produk mula reda

4. Fed menyatakan mereka tidak lagi menaikkan kadar 

Tetapi dalam jangka pendek, kita perlu bersedia untuk kesan kenaikan kadar faedah terhadap pasaran, terutamanya pasaran saham Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *