Malaysians should be prepared for a gradual rate hike

(Article from Razali’s FB Page)

Baru-baru ini Rizab Persekutuan (Fed) AS telah meningkatkan kadar faedah secara drastik sebanyak 0.75% untuk menentang inflasi.

Di Malaysia, bagi mereka yang mempunyai hutang berasaskan kadar boleh ubah, anda perlu bersiap sedia untuk kenaikan kadar antara 0.25% hingga 0.5% pada tahun ini.

Kadar sekarang ialah 2%, selepas BNM meningkatkan kadar 0.25% pada bulan Mei.

Ini bermakna OPR dijangka naik kepada antara 2.25% hingga 2.5% tahun ini. Malah ramai juga penganalisis meramalkan ia akan dinaikkan lagi sebanyak 0.5% kepada 3% tahun depan.

Kenaikan di Malaysia dijangka tidak drastik, tetapi dalam jangka pertengahan, orang ramai perlu bersiap sedia untuk membayar ansuran lebih tinggi.

Jika kadar dinaikkan 0.5% tahun ini, dan baki hutang anda RM500,000, ansuran anda berpotensi meningkat sehingga maksimum RM2,500 setahun. Atau lebih kurang RM200+ sebulan.

JIka OPR kembali kepada kadar 3% tahun depan, iaitu kenaikan 1% daripada tahap semasa, baki hutang yang sama menyaksikan ansuran anda meningkat sehingga maksimum RM5,000 setahun. Atau lebih kurang RM400+ setahun.

Kadar faedah purata Malaysia sejak tahun 2000 ialah kira-kira 3% (Lihat graf)

BNM kemungkinan besar perlu menaikikkan kadar untuk memastikan Ringgit tidak jatuh lagi akibat kekuatan dolar AS (disebabkan kenaikan kadar di AS) dan juga untuk menentang inflasi

Maka para peminjam di Malaysia patut merancang kewangan mereka untuk menghadapi senario peningkatan kadar faedah selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *