Superapp and Courier companies still having difficulty generating profits

(Article from Razali’s FB page)

Industri Superapp dan Penghantaran Masih Rugi

Walaupun industri penghantaran manusia, makanan dan barangan merupakan antara industri yang paling hangat dan pantas berkembang sekarang, syarikat-syarikat dalam bidang ini terus mengalami masalah menjana untung.

Ada yang seperti Grab masih mencatatkan kerugian besar, manakala syarikat seperti Pos Malaysia terus mengalami defisit selama bertahun-tahun, dan sesetengah syarikat seperti Express Couriers sudah diklasifikasikan sebagai PN17.

Sementara yang masih untung seperti GDEX telah menambah hasil tetapi mengalami tahap keuntungan yang semakin rendah.Hakikatnya terdapat persaingan yang sangat sengit dalam industri, sama ada dalam kalangan syarikat menawarkan superapp atau khidmat penghantaran barang.

Kesannya ialah margin yang terjejas.Manfaat memang dinikmati kepada peniaga e-dagang dan pengguna kerana boleh menghantar dan menerima barang pada kos yang amat rendah, yang pada kiraan saya sendiri kadangkala tak berbaloi bagi syarikat yang menghantar produk.

Strateginya sama, iaitu meletakkan harga rendah untuk mengatasi pesaing dan merampas bahagian pasaran, dengan harapan mereka adalah survivor yang boleh kembali menaikkan harga apabila para pesaing sudah lenyap.

Malah apabila AirAsia memasuki industri ini dengan ‘superapp’ yang tersendiri, sambil mengumpul dana yang besar, cita-cita yang dinyatakan oleh pengasas ialah untuk menjadi superapp terbesar, tetapi tidak ada dalam kenyataan tentang hasrat menjadi syarikat yang menguntungkan untuk menjana nilai bagi pemegang saham.Memang pasaran ini ‘hot’ dan sedang pantas berkembang.

Tetapi terlalu ramai peserta yang mahu memasuki pasaran, dan strategi masing-masing tak nampak berbeza. Tiada teknologi canggih atau skala teramat besar atau kelebihan kompetitif luar biasa yang boleh menghalang atau melengahkan kemasukan pesaing dalam industri.

Situasi ini berbeza daripada syarikat seperti Tesla dan Amazon yang boleh mengalami kerugian dulu sebelum menjana untung kemudian kerana capaian, skala atau teknologi yang dimiliki.Sebenarnya bisnes ini masih merupakan perniagaan dalam bidang sama yang sudah wujud sejak dulu lagi, iaitu pengangkutan, penghantaran atau logistik.

Cuma nampak lebih glamour, bila dinamakan perniagaan superapp dan menggunakan aplikasi untuk menerima pesanan atau tempahan.Sumber

Maklumat: The Edge Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *